Monday, September 15, 2008

Alhamdulillah..Akan Terbit

Alhamdulillah akhirnya buku yang seringkali saya nyatakan dalam blog ini akan diterbitkan tidak lama lagi. Hal ini dimaklumkan oleh pihak PTS di dalam blog Sifu Ainon. Anda juga boleh layari pautan berikut untuk mendapat maklumat yang lebih mendalam mengenai buku ini. http://pts.com.my/index.php/buku/2680/

Walaupun buku ini hanyalah sebuah buku terjemahan hasil karya Michael J. Losier, tetapi debaran menunggu kelahiran buku ini umpama menanti kelahiran buku tulisan saya sendiri. Maklumlah pertama kali menulis buku. Perasaan teruja memang tidak dapat disembunyikan. Bagaikan menanti detik-detik kelahiran anak sulung pula.

Untuk pengetahuan semua, projek menterjemahkan buku dilakukan bersama seorang sahabat baik saya, Faris Fahmi. Sebenarnya beliaulah orang yang bertanggung jawab memperkenalkan saya kepada teori The Secret dan Law of Attraction ini. Memandangkan kami sudah lama bersahabat baik dan kebetulan pula mempunyai minat yang sama, maka akhirnya kami sependapat untuk menterjemahkan buku ini bersama.

Buku edisi Bahasa Melayu ini harganya jauh lebih murah dari harga buku asal. Versi asal dalam Bahasa Inggeris yang diimport harganya RM41.00, manakala harga buku yang sudah diterjemahkan ini pula cuma RM27.00 di Semenanjung dan RM30.00 di Sabah/Sarawak. Ia dijangkakan terbit pada 26 September 2008 ini.

Jika anda masih belum tahu dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut apa itu hukum tarikan, inilah bukunya.

3 comments:

NORLELA ZUBIR said...

Assalamualaikum.

Tahniah! Hebat sungguh usaha tuan berjaya menterjemah buku istimewa ini ke Bahasa Melayu.InsyaAllah saya akan dapatkan buku ini.

Di kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat tuan dan famili.

HUda said...

Salam...tahniah atas kelahiran buku sulung anda...semoga terus sukses!

AuraKaya said...

Terima kasih kepada semua yang memberikan kata2 semangat dan peransang kepada saya untuk meneruskan usaha memandaikan anak bangsa.