Wednesday, August 20, 2008

Rahsia Kejayaan Lin Dan


Jaguh badminton China, Lin Dan atau kadangkala juga dikenali sebagai SUPER DAN mengakui bahawa dia masih belum berpuas hati dengan kejayaan meraih pingat emas dalam acara perseorangan badminton lelaki Sukan Olimpik XXIX.

"Sejak Sukan Olimpik terakhir di Athens lagi saya sudah mengimpikan untuk memenangi pingat emas.

"Kini saya telah mencapai hajat saya itu yang mana sebagai bukti kekuatan sebenar saya.

"Tahun ini saya telah berdepan banyak cabaran dan mengharungi pelbagai tekanan.

"Bagaimanapun, pingat emas ini mengesahkan hakikat bahawa saya seorang ahli sukan yang hebat di dunia ini," jelas Lin Dan.

"Saya mahu memenangi banyak lagi pingat, Sukan Asia (di Guangzhou pada tahun 2010) dan pelbagai lagi kejuaraan dunia.

Nampaknya beliau begitu komited dan fokus pada apa yang beliau inginkan. Tidak mustahil jika sejak selepas Athens 2004 Lin Dan sentiasa melakukan visualisasi untuk menggapai pingat emas di temasya Olimpik kali ini.

Ternyata berbeza dengan nada yang disuarakan oleh mana-mana atlit Malaysia. Atlit Malaysia lebih gemar membuat kenyataan yang play-safe.. tidak meletakkan harapan yang tinggi.. hanya sekadar memberikan fokus game-by-game. Yang lebih menyakitkan hati apabila para pegawai memberikan pendapat bahawa atlit mereka hanya bertanding untuk mendapatkan pendedahan sahaja. Adakah ini teknik psikologi yang betul untuk atlit kita memenangi sesuatu kejohanan yang disertai?

Kalau tidak silap saya, antara rahsia kejayaan Tiger Woods dalam dunia golf ialah kerana setiap kali bertanding, beliau tidak pernah sesekali memikirkan bahawa dirinya selain dari No.1

Itulah antara rahsia-rahsia atlit hebat dunia. Minda mereka sentiasa diransang supaya mempercayai diri merekalah yang terhebat di dunia. Tidak seperti atlit kita yang masih segan silu menyatakan pendirian sebegitu.

No comments: