gravatar

Golongan kaya Malaysia terus cipta kekayaan

Sumber dipetik dari Utusan Malaysia 22 Jun 2009

KUALA LUMPUR 21 Jun - Di sebalik krisis ekonomi dunia dan domestik, golongan mewah di Malaysia masih beruntung kerana mampu meningkatkan pelaburan mereka lebih satu pertiga atau 36 peratus.

Keberuntungan itu dinyatakan oleh Tinjauan Mengesan Kekayaan Asia yang dijalankan oleh HSBC Bank.

Tinjauan mendapati kekayaan itu diraih oleh 61 peratus golongan kaya Malaysia melalui pelaburan dalam pasaran saham domestik, dana unit amanah dan bon.

Menurut responden yang ditemui, 32 peratus menyatakan mereka membaca lebih banyak strategi mengenai pelaburan untuk menjadi kaya.

Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada berlaku pada perubahan dalam minat pelaburan sejak enam bulan lalu, majoriti responden atau 63 peratus menyatakan mereka adalah pengambil risiko sederhana.

''Krisis ekonomi global semasa telah menyebabkan nilai kekayaan merosot bagi kebanyakan golongan kaya di Asia tetapi yang menariknya ia tidak menjejaskan golongan kaya negara ini sebaliknya mereka masih membuat pelaburan yang banyak,'' kata tinjauan itu lagi.

Tinjauan itu dilakukan untuk melihat sama ada ketidaktentuan dalam segmen mewah di Asia, termasuk Malaysia masih berlaku.

Ini termasuk meninjau aktiviti pelaburan, mengurus dan membelanjakan kekayaan meskipun ekonomi masih tidak menentu, kata Pengurus Besar Perkhidmatan Kewangan Peribadi HSBC Bank Malaysia Bhd., Lim Eng Seong dalam kenyataannya di sini.

Selain meningkatkan pelaburan, pilihan lain bagi golongan mewah Malaysia adalah mempelbagaikan portfolio aset terutama dalam simpanan (73 peratus), unit amanah (71 peratus) dan pasaran saham domestik (55 peratus).

Dalam aspek minat menabung, tinjauan itu menyatakan kebanyakan golongan mewah Malaysia melakukan perubahan dalam aspek itu dengan menjadi lebih berhati-hati dalam perbelanjaan.

Malah, 88 peratus responden bertindak menangguhkan pembelian dan 83 peratus lagi mengurangkan aktiviti makan di luar.

Dalam semua negara yang ditinjau, kebanyakan responden menjadikan alasan untuk menyediakan kehidupan yang selesa sebagai motivasi untuk meningkatkan kekayaan mereka, kecuali di Australia yang menjadikan persaraan sebagai matlamat utama.

Sebanyak 75 peratus golongan kaya di negara ini merancang menghantar anak-anak mereka belajar ke luar negara dengan memperuntukkan secara purata AS$100,000 (RM350,000) untuk tujuan itu.

Tinjauan Mengesan Kekayaan Asia itu juga mengenal pasti sebanyak satu pertiga rakyat responden Malaysia berpendapat mereka memerlukan antara AS$200,000 (RM700,000) hingga AS$300,000 (RM1.05 juta) untuk bersara dengan selesa.

gravatar

Sekejapnya Masa Berlalu..

Sedar tak sedar, tahun 2009 kini sudah memasuki ke separuh yang kedua. Bagaimana dengan segala azam dan impian yang anda inginkan pada tahun ini?

Semoga anda terus istiqamah dengan apa yang anda buat demi merealisasikan impian anda. Kadangkala impian kita datang dengan begitu cepat, kadangkala pula memakan masa. Ia bergantung kepada sejauh mana kekuatan anda mengimpikannya.

Jika anda main-main mengimpikan sesuatu sudah tentu apa yang anda impikan itu juga main-main untuk datang kepada anda. Menyatakan impian dengan bersungguh-sungguh secara tidak langsung menanam benih saranan diri di dalam minda separa sedar dan seterusnya minda separa sedar ini akan menghantar isyarat atau arahan kepada seluruh anggota badan supaya bertindak mengikut apa yang kita telah tanamkan dalam minda separa sedar.

Bagaimana untuk melakukannya? Anda boleh lakukannya melalui Visualisasi dan Affirmasi.

Oleh itu jika anda terlupa dan terleka untuk fokus kepada apa yang anda impikan atau azamkan pada awal tahun lalu, masih tidak terlewat. Masih ada 6 bulan untuk anda merealisasikan apa yang anda inginkan. Mudah-mudahan pada penghujung tahun ini apa yang anda mahukan itu dapat dikecapi. Insya Allah.

Artikel ini ditulis untuk mengingatkan diri saya juga.. yang kadangkala lupa dan alpa untuk fokus pada apa yang saya inginkan.

Sekian. Wassalam

gravatar

10 Orang Terkaya di Malaysia

Pada 27/5/09, FORBES.COM telah mengeluarkan senarai terkini orang terkaya di Malaysia. Robert Kuok kekal menerajui carta orang paling kaya di Malaysia dan kemudian diikuti oleh Ananda Krishnan.

Individu lain yang termasuk dalam senarai ini adalah muka-muka 'lama' yang sememangnya seolah-olah menjadi ahli tetap kepada kumpulan terkaya ini. Antaranya: Teh Hong Piow (Public Bank), Vincent Tan (Berjaya), Yeoh Tiong Lay (YTL) dan beberapa yang lain.

Alhamdulillah Syed Mokhtar Albukhari masih berada di dalam kelompok Top 10. Beliaulah satu-satunya wakil orang Islam/Melayu dalam kumpulan terkaya ini.

Berikut adalah senarai 10 individu yang terkaya di Malaysia yang dimaksudkan.

1. Robert Kuok
2. Ananda Krishnan
3. Lee Shin Cheng
4. Lee Kim Hua
5. Teh Hong Piow
6. Quek Leng Chan
7. Yeoh Tiong Lay
8. Syed Mokhtar AlBukhary
9. Tiong Hiew King
10. Vincent Tan

Sebenarnya Forbes.com ini tidak hanya menyenaraikan 10 orang terkaya sahaja sebaliknya turut menyenaraikan sehingga Top 40. Untuk melihat senarai penuh yang dikeluarkan, sila klik di sini


gravatar

Buku Terkini Mengenai Magnet Kekayaan

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin berkongsi dengan para pembaca sekalian mengenai 2 buah buku yang bakal diterbitkan oleh PTS tidak lama lagi. Buku yang pertama bertajuk MAGNET REZEKI DENGAN SOLAT DHUHA.

Umat Islam sangat dituntut untuk melakukan Solat Dhuha kerana mempunyai banyak kelebihan atau fadhilatnya. Antara fadhilat yang sering diketahui umum ialah dimurahkan rezeki. Oleh itu saya yakin buku ini akan menerangkan dengan lebih terperinci bagaimana solat dhuha ini dapat menjadi magnet rezeki kepada pengamalnya.

Manakala buku yang kedua pula bertajuk AJAIBNYA SEDEKAH; SEMAKIN BERSEDEKAH SEMAKIN KAYA. Sedekah juga amat dituntut dalam Islam. Banyak juga hadis nabi s.a.w yang menceritakan tentang kelebihan bersedekah, terutamanya ke jalan Allah.

Namun ramai diantara kita yang tak berapa ambil 'pot' sangat mengenai sedekah ini sbg amalan yang dituntut agama. Sesetengah tu hanya terbuka 'mata' mengenai keajaiban sedekah ini apabila menonton atau membaca THE SECRET. The Secret hanya mengulang sahaja apa yang telah diajarkan oleh Islam dalam perspektif yang berbeza.

Jika sebelum ini, buku-buku agama yang berkaitan sedekah disusun dlm bentuk yang terlalu konservatif, saya amat berharap buku ini dapat memberikan penerangan yang menarik mengenainya sebagaimana The Secret berjaya membuka minda dan mata masyarakat mengenai kebaikan dan kelebihan bersedekah.

Sememangnya saya tidak sabar untuk memiliki kedua-dua buku ini.

gravatar

Kenapa Matlamat Anda Tidak Tercapai?

Artikel ini ditulis oleh mentor saya dalam bidang eBay iaitu Mas Dino. Kali ini saya tidak akan copy n paste artikel yang beliau tulis sebaliknya saya akan berikan direct link ke posting tersebut di blognya.

Klik Sini